Badal Haji 2024: Cara Buat & Hukum Untuk Siapa
Ia juga dikenali dengan upah haji bagi pihak individu lain dengan syarat-syarat yang telah dibenarkan oleh agama Islam. Kaedah ini hanya dibenarkan dilakukan bagi menggantikan pihak tertentu seperti bagi pihak individu yang telah meninggal dunia atau individu yang berada dalam keadaan terlalu uzur untuk melakukan ibadah haji.
Cara Buat Badal Haji
Berikut merupakan cara-cara untuk melakukan badal haji yang sah;
1. Pengupah atau individu yang wakil melakukannya wajib meminta izin individu yang ingin dibuatkan badal untuknya (jika masih hidup).
2. Kemudian, membayar kos pembelanjaan badal kepada pengupah.
3. Individu yang diupah hendaklah berniat menunaikan badal haji untuk si mati (meninggal dunia) atau individu yang mengupah disebabkan keuzuran yang dialaminya.
4. Individu yang bertanggungjawab melaksanakan badal, perlu bermiqat dari miqat pihak yang diwakilkan ataupun si mati.
5. Pelaksanaan badal wajib menjaga rukun ibadah daripada terbatal.
Syarat Badal Haji
Beberapa syarat-syarat wajib yang perlu dipenuhi oleh waris yang ingin melakukan badal ini. Hal ini penting untuk memastikan badal yang dilakukan sah disisi agama dan diterima amal ibadahnya oleh Allah SWT. Berikut merupakan syarat-syarat badal;
1. Al-Ihjaj iaitu waris melakukan ibadah badal bagi pihak individu yang uzur atau telah meninggal dunia.
2. Badal ini ditunaikan oleh individua tau waris yang telah melakukan ibadah ini untuk dirinya sendiri sebelum ini.
3. Mendapat keizinan daripada individu yang diwakilkan jika masih hidup dan jika meninggal dunia, maka badal ini mestilah dipersetujui oleh waris.
4. Kos perbelanjaan badal ini ditanggung oleh harta individu yang ingin dilakukan badal ke atasnya.
5. Berlakunya ijab dan qabul atau persetujuan antara dua (2) pihak.
Badal Haji Untuk Siapa
Badal ini dikhususkan oleh individu yang tidak mampu untuk melakukan ibadah disebabkan oleh keuzuran dan kematian. Keuzuran tersebut mestilah keuzuran yang disifatkan sebagai tiada harapan untuk sembuh. Sebagai contoh, keuzuran disebabkan sakit tua.
Hukum Badal Haji
Mengikut jumhur ulama’, hukum badal adalah HARUS mengikut syarak.
Dengan kata lain, ianya harus dilakukan jika ingin melakukannya dan ianya juga tidak mengapa jika tidak ingin dilakukannya.
Hukum ini akan jatuh haram jika ianya dilakukan ke atas individu yang mampu untuk melakukan ibadah ini secara kewangan, rohani dan jasmani.
Boleh Badal Haji Untuk Orang Yang Masih Hidup
Badal ini boleh dilakukan bagi pihak individu yang masih hidup, akan tetapi individu yang masih hidup mestilah individu yang uzur disebabkan oleh faktor kesihatan seperti sakit tua yang menyebabkan beliau tidak mampu menunaikan ibadah secara fizikal serta tidak mempunyai harapan untuk sembuh.
Ibadah ini akan menjadi tidak sah jika dilakukan bagi pihak individu yang mampu untuk melakukannya dengan sendiri.